Wednesday, February 2, 2011

Cara buat akaun maybank2u

assalamualaikum..
kepada sesiapa yang tak tahu cara nak buat akaun maybank2u ni.. Meh ni aku ajar no.. : D

Bahagian A

  1. Korang pergi ke ATM Maybank yang terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM korang, masukkan pin semua la..
  3. Bila da masuk, Pilih "Maybank2u/Phone Banking Application"
  4. Pilih "Pin Laluan Maybank2u"
  5. Masukkan 6digit nombor yang korang suka :)
  6. Reconfirm balik 6digit nombor tadi.
  7. Selesai Bahagian A, balik rumah, buka internet, buat bahagian b pulak..
Bahagian B
  1. Pergi ke Laman Web "www.maybank2u.com.my"
  2. Klik Pada "Login"(atas, hujung sebelah kanan)
  3. Klik "First Time Login"
  4. Klik "Accept"
  5. Masukkan Acces no.(no 16 digit atas kad ATM korang tu)
  6. Masukkan Pin yang korang buat tadi kat ATM Maybank
  7. Lepas tu, Klik "Activate"
  8. Masukkan Username dan Password
  9. Klik "Confirm and update your details"
  10. Done!! da ada Maybank2u.. senang saja